N.O.T.Y.

(Pada hujung tahun lepas atau awal tahun ini mungkin?) Saya telah membuat satu bet dengan kawan saya. Tak perlu saya jelaskan di sini secara detail tentang apekah bet yang telah saya buat. Tapi hari ini saya berfikir, apakah yang saya telah lakukan untuk mencapai bet tersebut?

Tiada.

Melihatkan diri saya pada hari ini, saya masih tiada apa-apa.

Saya masih 'nothing'.

Saya sebenarnya ada banyak idea untuk memenangi bet ini. Tapi saya malas. Ya secara berterus-terangnya, saya malas.

Bukan tak ada idea, tapi tak nak buat.

Bukan tak tahu apa nak buat, tapi malas.

Saya tidak menganggap bet ini suatu yang 'lawak-lawak'. Saya yakin kawan saya pun serius tentang bet ini jugak.

Actually, regardless of how serious we are, or whether this bet exists or not in the first place, matlamat bet ini adalah sesuatu yang sememangnya patut dilakukan jika saya mengaku diri saya manusia.

Kerana jika saya mengaku manusia tapi tak ada apa-apa perkara yang berguna yang saya buat di muka bumi ini, baik mati lagi bagus. Sekurang-kurangnya boleh juga menjimatkan komposisi oksigen di dunia ini.

Saya bermohon kepada Tuhan supaya dikurniakan kekuatan untuk benar-benar menjalankan bet ini. Kerana jika ya, insyaAllah bila saya mati nanti, saya akan meninggalkan dunia sebagai seseorang. Dan bukannya sebagai sesiapa. Dan kawan saya pun begitu.

Amin.

Sapekah Perempuan yang Tidak Bekerja Itu?

Sape lagi kalau bukan saya.

Kehidupan tidak bekerja atau menganggur ini sungguh tidak best ya kawan-kawan. Kerana tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan sesuka hati seperti membeli-belah secara online mahupun di alam realiti. Wang yang saya bawa balik dari Nu Zilen dan Ozie tidak saya gunakan atau tukar ke RM kerana saya malas. Ya, saya memang malas bab-bab macam ni, saya suka letak ke tepi. Saya mahu wang RM, oleh itu saya harus mencari kerja secepat mungkin.

Ohya sementara mencari kerja, saya cuba mencari-cari salasilah di sebalik perkataan 'menganggur'. Kenapa menganggur digunakan untuk men'describe'kan manusia-manusia tak berguna yang tidak bekerja seperti saya? Ada satu belog ini yang mengatakan, kerana anggur ialah buah yang tidak tergolong dalam kumpulan buah-buahan tropika, yakni ia tidak dapat tumbuh di Malaysia secara subur lagi komersial kecuali diimport. Maka 'menganggur' adalah kata kerja yang membawa maksud 'cuba menghasilkan anggur' yang juga meng'imply'kan kerja yang sia-sia atau tidak dapat membuahkan hasil atau lebih kurang 'menunggu babi terbang'. Sama seperti mereka yang tidak bekerja, mereka tidak membuahkan hasil sama ada dari segi kewangan mahupun khidmat, selain goyang kaki di rumah semata-mata dalam jangka waktu yang lama. Owh sungguh mendalam penjelasan saya ini, nampak sangat saya memang tidak ada kerja lain.

Oleh sebab itu, saya telah memikirkan beberapa aktiviti yang saya kira saya boleh buat untuk menambahkan pendapatan:

  1. Menjual baju secara online. Ini saya yakin saya boleh buat, sebab saya memang suka kegiatan ber'shopping'an secara online ni.
  2. Menjadi guru sandaran. Ini saya takde la yakin sangat, tapi memandangkan saya mempunyai pengalaman mengajar English kepada student Korea dan Jepun, maka saya rasa takde salahnya saya mencuba.
  3. Tadi saya ada terfikir sesuatu tapi dah terlupa pulak. Takpe la nanti kalau saya dah ingat saya tulis semula di sini.

Saya Tak Suka Medic Tapi

baru-baru ni saya ada menonton drama Korea 'What's Up Fox' (drama ini mempunyai unsur-unsur kurang baik sebenarnya, saya tidak rekemen drama ini) di mana watak utama pergi menemui gynecologist untuk membuat pemeriksaan untuk serviks tu (ape kebende ntah nama ujian tersebut, tidak dapat saya ingat sekarang). Daripada drama tersebut saya dapat tahu bahawa:

  1. Pemeriksaan tersebut harus dilakukan bila umur wanita dah mencecah emm berape ek dalam lingkungan 25 macam tu 
  2. Bukan hanya wanita yang sudah berkahwin/ pernah melakukan hubungan intim saja yang harus menjalani pemeriksaan ini, semua wanita kena buat
  3. Semua wanita ada risiko menghidap kanser serviks regardless of sudah melakukan hubungan intim atau tidak
Watak dalam drama tu kononnya dia ada tumor sepanjang 8 cm di serviksnye, owh no. Maka dia harus menjalani pembedahan untuk membuang tumor tersebut kerana terlalu besar, dan dia boleh memilih untuk keep her womb or remove it during the operation. Dan dia masih dara tapi dah ada tumor 8 cm dan mungkin kehilangan rahim.

Owh tidak tiba-tiba saya rasa scary. Ini belum beranak lagi ni. Owh tidakkkkkkkkk

p/s: Mungkin ada inaccuracy berkenaan fakta-fakta perubatan dalam drama ini. Tapi put it asides, drama ini dah buat saya tiba-tiba concern tentang serviks saya. Sekian.

Wahid (betul ke maksud die 'satu' ek?)

Pada hari pertama entri, saya terjumpa kembali password untuk blog saya yang terdahulu, Leteran Hati. Tapi sebab saya dah terbuka dan ter'construct' blog ini, saya terasa malas pula nak meng'update' di blog tersebut. Mungkin pada suatu hari yang indah nanti bila-bila, kalau saya tergerak hati untuk menyapu habuk-habuk di situ, saya akan ke sana berleter di sana pula.

Sekepulangan saya ke Malaysia, tidak banyak sumbangan saya kepada negara selain cuba mencari kerja-kerja dan menjejak 'company-company' yang sudi mengambil saya untuk mencurahkan khidmat. Tetapi setakat ini tiada maklum balas yang saya terima. Tak apalah, mungkin bukan rezeki saya lagi.

Kenapa blog ini saya namakan 'Bukan Sufi'? Kerana saya ini manusia biasa yang serba kekurangan yang cuba membaiki kekurangan dan menambah baikan? Itu pun ya, tapi yang lebih penting lagi, kerana saya inginkan blog yang bunyinya macam, 'wow!' dan ala-ala A. Samad Said, tidak seperti nama blog-blog saya yang terdahulu yang tidak catchy, tidak hip dan tidak indie. Saya bajet nama 'Bukan Sufi' ini memang indie habis. Saya bajet la, kalau anda rasa nama ni macam layak dicampak ke longkang pun saya tak peduli juga hahaha.

Apa yang saya perasan tentang diri saya ialah iman saya yang semakin menurun. Kata adik naqibah saya, iman kita ini harus selalu dilukis graf. Ala line graph yang macam biasa kita buat tu. Contohnya macam ini ya:


Tapi kita tak payahlah buat graf temperature in New York City pula ya. Cuba kita letak 'iman' di paksi -y dan masa/hari/minggu/bulan di paksi -x. Lepas tu cubalah lukis naik turun iman kita seiring masa sejujur yang mungkin.

Sejak balik Malaysia ni, walaupun rancangan di televisyen adalah sangat membosankan, hinggakan saya rasa televisyen tu kalau tak wujud dalam rumah saya pun tidak akan memberi apa-apa impak kepada tahap kestabilan emosi saya, saya masih juga tidak mengisi masa dengan kegiatan yang berfaedah, seperti membaca Matsurat, tafsir, atau apa-apa kerja lain yang berfaedah (selain meminta kerja di sana sini). Saya juga sudah kurang membaca blog-blog yang ilmiah, nak tengok youtube memang jauhlah dengan perkhidmatan berodben yang tidak membenarkan saya membuka youtube sewenang-wenangnya.

Maka pada hari ini saya membuat resolusi bahawa bermula bulan Ramadan, saya harus mengisi masa dengan lebih efektif.

Senarai perkara-perkara efektif yang mahu saya buat:

  1. Mencari kerja (wajib dilakukan jika tidak mahu menjadi penganggur yang melepak menyusahkan mak bapak)
  2. Mengisi blog dengan isi-isi yang berfaedah (dan luahan-luahan hati yang dramatik. Suka hati sayalah, ini blog saya haha)
  3. Menghabiskan bacaan novel Cinta Sufi yang saya beli 2 minggu lepas (pertama kalinya saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskan novel siri Laksamana Sunan. Tidak tahu kenapa ya)
  4. Menyambung kembali amalan membaca Matsurat pada waktu pagi dan petang
  5. Membaca Tafsir sebanyak-banyak yang boleh
  6. Membaca blog-blog ilmiah
Nanti kalau ada perkara lain yang saya nak buat list ini akan di'update' ya. Ohya di sini saya ingin mempromosikan kepada anda, silalah baca tetralogi Laksama Sunan kalau anda ada masa lapang (anda memang ada masa lapang, kalau tak macam mana anda boleh buka fesbuk). Membaca novel-novel seperti ini membuatkan anda terasa insaf dan mahu menjadi baik. Ia berkesan ke atas saya la, kalau anda saya tak tahulah.

Di bawah ini ialah senarai perkara tak berfaedah yang saya tahu tak berfaedah tapi saya nak buat juga:

  1. Mencari VCD Lagenda Budak Setan dan menontonnya. Banyak sangat kritikan positif dan negatif, dan saya yang memang suka mengkritik ini terasa terpanggil untuk menonton juga
  2. Err nanti kalau saya teringat saya update.