Wahid (betul ke maksud die 'satu' ek?)

Pada hari pertama entri, saya terjumpa kembali password untuk blog saya yang terdahulu, Leteran Hati. Tapi sebab saya dah terbuka dan ter'construct' blog ini, saya terasa malas pula nak meng'update' di blog tersebut. Mungkin pada suatu hari yang indah nanti bila-bila, kalau saya tergerak hati untuk menyapu habuk-habuk di situ, saya akan ke sana berleter di sana pula.

Sekepulangan saya ke Malaysia, tidak banyak sumbangan saya kepada negara selain cuba mencari kerja-kerja dan menjejak 'company-company' yang sudi mengambil saya untuk mencurahkan khidmat. Tetapi setakat ini tiada maklum balas yang saya terima. Tak apalah, mungkin bukan rezeki saya lagi.

Kenapa blog ini saya namakan 'Bukan Sufi'? Kerana saya ini manusia biasa yang serba kekurangan yang cuba membaiki kekurangan dan menambah baikan? Itu pun ya, tapi yang lebih penting lagi, kerana saya inginkan blog yang bunyinya macam, 'wow!' dan ala-ala A. Samad Said, tidak seperti nama blog-blog saya yang terdahulu yang tidak catchy, tidak hip dan tidak indie. Saya bajet nama 'Bukan Sufi' ini memang indie habis. Saya bajet la, kalau anda rasa nama ni macam layak dicampak ke longkang pun saya tak peduli juga hahaha.

Apa yang saya perasan tentang diri saya ialah iman saya yang semakin menurun. Kata adik naqibah saya, iman kita ini harus selalu dilukis graf. Ala line graph yang macam biasa kita buat tu. Contohnya macam ini ya:


Tapi kita tak payahlah buat graf temperature in New York City pula ya. Cuba kita letak 'iman' di paksi -y dan masa/hari/minggu/bulan di paksi -x. Lepas tu cubalah lukis naik turun iman kita seiring masa sejujur yang mungkin.

Sejak balik Malaysia ni, walaupun rancangan di televisyen adalah sangat membosankan, hinggakan saya rasa televisyen tu kalau tak wujud dalam rumah saya pun tidak akan memberi apa-apa impak kepada tahap kestabilan emosi saya, saya masih juga tidak mengisi masa dengan kegiatan yang berfaedah, seperti membaca Matsurat, tafsir, atau apa-apa kerja lain yang berfaedah (selain meminta kerja di sana sini). Saya juga sudah kurang membaca blog-blog yang ilmiah, nak tengok youtube memang jauhlah dengan perkhidmatan berodben yang tidak membenarkan saya membuka youtube sewenang-wenangnya.

Maka pada hari ini saya membuat resolusi bahawa bermula bulan Ramadan, saya harus mengisi masa dengan lebih efektif.

Senarai perkara-perkara efektif yang mahu saya buat:

  1. Mencari kerja (wajib dilakukan jika tidak mahu menjadi penganggur yang melepak menyusahkan mak bapak)
  2. Mengisi blog dengan isi-isi yang berfaedah (dan luahan-luahan hati yang dramatik. Suka hati sayalah, ini blog saya haha)
  3. Menghabiskan bacaan novel Cinta Sufi yang saya beli 2 minggu lepas (pertama kalinya saya mengambil masa yang lama untuk menghabiskan novel siri Laksamana Sunan. Tidak tahu kenapa ya)
  4. Menyambung kembali amalan membaca Matsurat pada waktu pagi dan petang
  5. Membaca Tafsir sebanyak-banyak yang boleh
  6. Membaca blog-blog ilmiah
Nanti kalau ada perkara lain yang saya nak buat list ini akan di'update' ya. Ohya di sini saya ingin mempromosikan kepada anda, silalah baca tetralogi Laksama Sunan kalau anda ada masa lapang (anda memang ada masa lapang, kalau tak macam mana anda boleh buka fesbuk). Membaca novel-novel seperti ini membuatkan anda terasa insaf dan mahu menjadi baik. Ia berkesan ke atas saya la, kalau anda saya tak tahulah.

Di bawah ini ialah senarai perkara tak berfaedah yang saya tahu tak berfaedah tapi saya nak buat juga:

  1. Mencari VCD Lagenda Budak Setan dan menontonnya. Banyak sangat kritikan positif dan negatif, dan saya yang memang suka mengkritik ini terasa terpanggil untuk menonton juga
  2. Err nanti kalau saya teringat saya update.
0 Responses