Sapekah Perempuan yang Tidak Bekerja Itu?
Sape lagi kalau bukan saya.
Kehidupan tidak bekerja atau menganggur ini sungguh tidak best ya kawan-kawan. Kerana tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan sesuka hati seperti membeli-belah secara online mahupun di alam realiti. Wang yang saya bawa balik dari Nu Zilen dan Ozie tidak saya gunakan atau tukar ke RM kerana saya malas. Ya, saya memang malas bab-bab macam ni, saya suka letak ke tepi. Saya mahu wang RM, oleh itu saya harus mencari kerja secepat mungkin.
Ohya sementara mencari kerja, saya cuba mencari-cari salasilah di sebalik perkataan 'menganggur'. Kenapa menganggur digunakan untuk men'describe'kan manusia-manusia tak berguna yang tidak bekerja seperti saya? Ada satu belog ini yang mengatakan, kerana anggur ialah buah yang tidak tergolong dalam kumpulan buah-buahan tropika, yakni ia tidak dapat tumbuh di Malaysia secara subur lagi komersial kecuali diimport. Maka 'menganggur' adalah kata kerja yang membawa maksud 'cuba menghasilkan anggur' yang juga meng'imply'kan kerja yang sia-sia atau tidak dapat membuahkan hasil atau lebih kurang 'menunggu babi terbang'. Sama seperti mereka yang tidak bekerja, mereka tidak membuahkan hasil sama ada dari segi kewangan mahupun khidmat, selain goyang kaki di rumah semata-mata dalam jangka waktu yang lama. Owh sungguh mendalam penjelasan saya ini, nampak sangat saya memang tidak ada kerja lain.
Oleh sebab itu, saya telah memikirkan beberapa aktiviti yang saya kira saya boleh buat untuk menambahkan pendapatan:

- Menjual baju secara online. Ini saya yakin saya boleh buat, sebab saya memang suka kegiatan ber'shopping'an secara online ni.
- Menjadi guru sandaran. Ini saya takde la yakin sangat, tapi memandangkan saya mempunyai pengalaman mengajar English kepada student Korea dan Jepun, maka saya rasa takde salahnya saya mencuba.
- Tadi saya ada terfikir sesuatu tapi dah terlupa pulak. Takpe la nanti kalau saya dah ingat saya tulis semula di sini.